Friday 24 November 2017

LAKSA JOHOR SINGLE PACK DIPASARKAN

Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua..

Alhamdulillah hari ini dapur kami selesai menghantar pesanan dan tempahan Laksa Johor dalam 'single pack' untuk pasaran sekitar Bukit Jelutong, Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya..



Satu 'lunch box' hanya RM10.00 dengan 3 chap spaghetti berserta aksessorinya dan kuah laksa secukupnya diletak berasingan dalam paketnya tersendiri.

Syukur Alhamdulillah kerana sambutan diterima amat menggalakkan maka besar kemungkinan setiap Jumaat pihak kami akan terus mengeluarkan Laksa Johor single pack ini dan elok sekiranya yang berminat membuat tempahan selewat-lewatnya Khamis setiap minggu untuk menikmati kelazatan Laksa Johor Fadzlina's Kitchen.




Tempahan paling banyak diterima hari ini adalah untuk dihantar kepada kakitangan Bank Al Rajhi Klang yang mendapat tajaan makanan tengahari dan semoga Laksa Johor kami dapat memenuhi citarasa dan selera kalian sekalian hendaknya.

Oleh yang demikian jika ada kakitangan pejabat sekitar KL, Selangor dan Putrajaya yang hendak menempah secara berkumpulan adalah di alu-alukan kerana kami sedia menghantarnya.

Lupa nak tabur hirisan daun-daun kesum dan selasih pulak..ada pula hirisan jeruk masin atau cehpoh memang terbaik..

Orang Johor makan guna jari jemari baru 'legend' hingga menjilat jari gitu..

Satu lagi keunikkannya adalah setelah diperahkan limau kasturi maka hiris-hirislah ia dan makan kulit limaunya bersama laksa..lagi 'legend'.

Sudi-sudilah merasa.. pasti anda tidak kecewa..

Wasalam




No comments:

Post a Comment